pada 25 Jun 1996, waktu petang, di Subang Jaya Medical Centre.
seorang wanita merasa kesakitan yang teramatnya, dia berusaha untuk melahirkan seorang anak ke dunia ini.
selepas itu, dia berasa teramat gembira mengetahui anaknya itu adalah seorang perempuan.
dia berbincang dengan suami nya ingin memberikan nama apa kepada anaknya itu.
dengan bantuan anak sulungnya, diberilah nama NUR FARISHA kepada si bayi itu.
dia merupakan puteri bongsu kepada EN. ISMAIL dan PN. HARTATY. dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan keperluan yang cukup. dia juga amat bertuah kerana mempunyai dua orang kakak dan seorang abang bernama ROSELINDA, MOHD FIZREE serta NURUL FARHANA.
pada waktu berusia lima tahun,
dia dimasukkan ke Tadika Pink Strawberry , Seksyen 20. pada awalnya, dia menangis tidak mahu pergi ke tadika. namun lama kelamaan dia sudah biasa dengan persekitaran tadika itu.
dia juga mempunyai seorang rakan yang sangat baik, Azreen Shahira.
tibalah pada waktu dia berusia tujuh tahun,
dia terpaksa berpisah dengan rakannya itu. dia bersekolah di SK S19. manakala rakannya, SRAI S19. namun, ketika darjah satu, dia mempunyai seorang rakan baik baru bernama Wan Farah Farhana. tibalah darjah tiga, dia dilantik menjadi seorang pengawas sekolah. namun, pada ketika itu, hubungannya dengan farah menjadi tidak rapat lagi.
pada darjah lima,
dia sudah pandai nak bercinta-cintun. hehe, dia bercouple dengan agak ramai juga lah. terutama budak darjah enam pada ketika itu. termasuklah juga budak tingkatan satu pada tahun itu.
namun, prestasi pelajarannya tetap mantap. :) pada akhir tahun, ibu dan bapanya menunaikan Haji, dia dan kawan yg rapat pada ketika itu, Kamielia Izzati, Siti Farahin dan Nur Saadah setiap hari keluar. berfoya-foya. pergi taman, sepahkan rumah, main air. hahahaha. teruk!
pada waktu darjah enam,
dia mempunyai kawan yang sangatt rapat bernama Yusairah dan juga Nazatul Izma. ketika ini, dia sudah mula rajin belajar, namun sempat juga bercinta. hahaa. tiba lah saat-saat akhir, pada bulan tujuh, dia sudah dekat nak UPSR. namun ibu dan bapanya renovate rumah.
bayangkan... renovate satu rumah. dengan habuk dan debu, bunyi yang bising, rumah yg penuh dengan perabot sana sini, farisha belajar. dan belajar, untuk mendapat 5A. tambahan lagi, ketika itu dia terpaksa berhenti tusyen. dia belajar sendiri, belajar di atas iron board.
tiba lah saat yang dinanti nanti, keputusan UPSR, giliran farisha mendapat slip.
Pn. Rohana : NUR FARISHA .......................................5A!
air mata kegembiraan menitis keluar. dia memeluk rakannya, Yusairah. dan terus menelefon ibu dan ayahnya.
pada cuti akhir tahun, farisha menjadi seorang yang lebih baik. dia rapat dengan Saadah. pada 12 Desember 2008, dia bercouple dengan seorang lelaki yang berjaya memikat hatinya dan kekal sehingga kini.
pada tingkatan satu, dia berjaya masuk kelas KRK-GEMILANG.
dan rapat dengan Nuratiqah Farah pula. tahun ini, dia sangat alim. sangat sangat. huhu
dan tahun ini juga, dia sangat aktif. dan juga dia berasa menjadi remaja bukanlah senang.
-05 April 2009
02 : 54 a.m.